Tuesday, August 2, 2011

High Chair @ IKEA

Bibik kami request nak jumpa kawan dia kat Shah Alam hari Sabtu. Sememangnya aku dah cakap kat dia dari awal kalau kami free dan dia request kami akan benarkan dia jumpa kawan dengan syarat kami hantar dia. So malam tu sebelum tidur aku GOOGLE lah Jalan Batu Bata, Seksyen 35 Shah Alam..ok tak jauh dari Seri Muda.

Aku dengar bibik aku cerita kawan dia nie kerja club golf, jenuh aku fikirkan club golf apa yang ada kat seksyen 35 nie..sampai kat situ rupanya BATU BATA GOLF DRIVING RANGE . Kami dah plan dan inform dia yang kami akan ambil dia petang nanti dalam kul 3 petang. Lepas hantar bibik kami meluncur laju ke tempat tujuan kami iatu IKEA.


Tujuan nak ke  IKEA nie sebenarnya hendak mencari kerusi makan aka high chair untuk Azizi. Kami beli untuk persediaan Ramadhan ialah selama ini kami makan nanti bibik pegang dia kalau Ramadhan dah tentu semua kena makan masa buka puasa kan.






Kami sampai  IKEA agak awal lebih kurang jam 1015 pagi. Kereta belum tahap jam lah, parking masih senang nak dapat. Perut dah lapar so makan dulu, breakfast di Cafe IKEA. Aku dan Alia makan 5 ketul Chicken Wing dan Almond Daim Cake. Makanan paling famous kat sini sebenarnya Swedish meatballs cumanya hanya dihidangkan bermula jam 1130 pagi. Azizi??? Sulah mesti dia pun makan tapi bubur home made lah (aku masak sepenuhnya hari ini).








Cerita pasal high chair nie kat IKEA punya lah banyak jenis, korang boleh dapat dari harga RM 49.00 hinggalah RM245.00 terpulang kepada citarasa sendiri lah kan. Korang perasan tak kebanyakan kedai makan menyediakan high chair bewarna putih, hehehe yang itulah paling murah kat IKEA Cuma RM49 high chair sahaja. Well yang itu jelah aku beli pun tapi siap ada macam meja dia sekali lah so tambah another RM15.00 so total kena bayar RM64.00


Aku dari bujang sampai dah ada Azizi masih belum berpeluang nak beli kerusi malas untuk tengok TV kat IKEA ini, ishhh entah bila lah boleh beli, tadi yang paling murah RM245.00. Nantilah...

Settle semua pembelian, kami ke IKANO dan The Curve...saja jek cuci mata dan dalam masa yang sama nak lunch jugak nanti. Azizi dah meraung pulak nak minum susu so nak mencari tempat sesuai untuk pit stop Azizi ini. Syukurlah IKANO menyediakan di setiap tingkat BABY CARE ROOM. Bilik untuk menukar lampin pakai buang mahupun untuk breast feeding anak. Paling best sementara menanti Azizi, aku sempat melelapkan mata kat luar bilik tu (ada kerusi panjang kayu) so bolehlah selelap.


Lunch tempat yang Alia nak pergi oklah aku layan kan jek sebab dia memang tak pernah makan kat cafe ni. Aku order steak dgn black paper, manakala Alia order Burger. Rasa pada aku biasa jek ini aku kali ke 3 makan kat cafe ni tapi 1st timelah di The Curve. Apa yang aku nak share ialah customer service mereka. Alia kalau nak makan daging dia hanya akan makan well done jek. Sampai burger dia, daging cam tak cukup masak. Aku rasa mereka tertukar sebab aku mintak medium tp rasanya cam well done. Panggil waiter mintak mereka goring sikit dagingnya supaya jadi well done, kejap lagi datang semuala waiter tu dan inform kena tunggu 10 minit, mak oi lama sungguh. Rupanya dia sambung cakap, mereka masak yang baru. Pehhh memang habat dan diluar expectation aku.


Untuk Azizi kami order jejari ikan. Banyak dia makan...tapi tetiba...muak habis semula. Mungkin kerana dia dah terasa hanyir ikan. Emmm tak apalah, tapi pastu suap aiskrim vanilla relax makan habis...

Azizi bersama high chair dia.

Ok habislah pengembaraan seharian kami, petang tu ambil balik bibik kat BATU BATA GOLF DRIVING RANGE . Kawan bibik bagi tahu kat situ 130 biji bola = RM10.00 emm agak murah tapi jauh beno dari rumah aku...ehhh bila nak start ni....

No comments:

Post a Comment